Monday, 30 October 2017



aku sekarang lagi suka duduk dalam bilik dari keluar rumah kalau takde kelas atau hal yang penting .. duduk dalam gelap, kadang2 pasang lagu , kadang2 biar sunyi. tak tau kenapa.. KEHIDUPAN .. 

PERUBAHAN itu lumrah manusia . Tapi bila aku rasa buntu sangat aku suka pegi tempat2 yang berair rasa tenang sangat. kalau kat KL ni memang tasik tu la aku pegi .. manusia memang tak penah lari dengan masalah, Allah sentiasa menguji umatnya. Atas kita pulak untuk menanganinya, Dia nak tengok dalam kita susah kita cari dia atau tidak. 

semakin kita dewasa semakin kita banyak liku-liku kehidupan yang kita akan tempuhi . jangan mengeluh jangan lari dari masalah. ingat, Allah takkan duga kita tanpa sebab dan Allah takkan duga kita dengan luar kemampuan kita.

No comments:

Post a Comment