Powered By Blogger

Tuesday 28 November 2017

Hi semua .. tak sangka nak habis study dah ,, insha Allah semua nya baik-baik saja.. sekarang aku dah settle presentation ,, alhamdulillah ,, harap result pun okay.. kan Mr.m yang comel.. okay la aku nak share gambar aku dengan kawan-kawan seperjuangan, haha




ANIMATION IN BLACK







hi, semua,, ni aku nak share sikit layout aku dalam story aku. ni apa yang aku buat. aku buat cerita dalam hutan uolls. bise la pencinta alam semula jadikan , cehhh .. btw, drawing aku ni buat daripada watercolour. aku minat main dengan watercolour ni sebab tu dalam animation aku pilih nak buat watercolour cut out.. kbaii











Hi semua , gambar yang kacak lagi bergaya tu adalah lecturer kami mr.m kami gelar dia. actually gambar ni masa last kelas kami. sir bagi tau bila kami semua akan present, cuak memang cuak masa baru bape minit animation aku buat, dan kami ada masa bapa hari je untuk siapkan. fuhh

hi semua,,, dekat sini aku nak cerita sikit pasal cerita aku yang bertajuk 'KALONG', cerita aku mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama ereen ni, si ereen ni suka pegi hiking sorang-sorang dalam hutan, perwatakan dia seorang yang berani. 

pada suatu hari, dia pergi ke hutan seorang diri untuk mencari ketenanggan. semasa dia berjalan dia singgah berehat di bawah pokok. seterusnya, semasa dia bangun tidur dan hendak menggulong mat tempat dia tidur tadi dia ternampak satu tanda di bawah mat dia tadi, dia tertanya-tanya apa yang ada di bawah tanah itu. kemudia dia menggali dan terjumpa satu kotak kayu. ereen membuka kotak tersebut dan dia terjumpa seutas kalong yang cantik berwarna biru. ereen rasa teruja dengan kalong tersebut, dia tak tahu yang sebenarnya kalong tersebut adalah kalong misteri yang mempunyai penjaga. tanpa membuang masa ereen mengambil kalong tersebut dan teruskan perjalanan.

semasa dalam perjalanan pulang pada waktu malam ereen rasa tak sedap hati seperti ada sesuatu yang mengekorinya dari belakang. akhirnya, ereen mati di bunuh oleh satu makhluk yang bernama ouku, ouku adalah penjaga kalong tersebut yang mencari mangsa. 





ni storyboard aku, cerita aku buat guna watercolour,fuhh memang mencabar. memang dari awal aku buat gune watercolour , dari thamnails sampai la animate.  






ni pulak character design aku, sebenarnya character perempuan tu aku buat tentang diri aku sendiri , character kedua tu pulak aku ambil referen dari film spirited away nama character dia no face. 

assalammualaikum ...

hi semua , first nama aku seri nama pendek jela eh , aku student dari unikl miit. tujuan aku buat blog ni sebab aku nak share serba sedikit perjalanan hidup aku semasa aku sibuk dalam final year project aku, ohh ya aku student multimedia in animation tahun ke 4. sepanjang 4 tahun aku di unikl ni macam yang aku belajar macam mana nak jadi orang ,haha ..

semakin jauh kita berjalan semakin banyak benda yang kita belajar. so sekarang aku final year , tahun depan insha Allah aku intern pulak. dalam blog ni aku akan share serba sedikit perjalanan aku dengan kawan-kawan aku ,, okay la nanti aku update lagi .. tataaa